Wanita Belarus kecam kekejaman polis, bantah pemilihan Presiden
Agensi
Ogos 29, 2020 05:52 MYT
Ogos 29, 2020 05:52 MYT
Ratusan wanita berarak menujuk ke ibu kota Minks pada Sabtu bagi menyokong tunjuk perasaan terhadap kekejaman pihak berkuasa dan pemilihan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko yang dipertikaikan.
Rata-rata mereka mengenakan pakaian berwarna merah dan putih sebagai simbol bekas bendera Belarus yang digunakan pembangkang.
Dalam perarakan itu, mereka turut menyanyikan dan melaungkan tuntutan membebaskan tahanan politik selain mengecam kekejaman polis.
Peserta himpunan itu turut memegang bungan dan bendera bewarna merah dan putih.
Menurut laporan berita tempatan, beberapa individu ditahan dalam perarakan tersebut.
#Belarus
#kekejaman polis
#pembangkang
#pemilihan
#pemilihan presiden
#polis
#politik
#presiden
#wanita