Wanita Afghanistan gesa lebih banyak hak wanita diutamakan
Astro Awani
Disember 6, 2021 08:05 MYT
Disember 6, 2021 08:05 MYT
KABUL: Berpuluh-puluh wanita Afghanistan melakukan bantahan menyelar kenyataan dikeluarkan oleh ketua Taliban, Hibatullah Akhundzada yang melarang perkahwinan paksa.
Tegas mereka, larangan berkenaan membayangkan bahawa itu adalah satu-satunya isu yang berlaku, sedangkan banyak lagi isu yang membelenggu kaum wanita di Afghanistan.
Ketika ini, isu kehilangan pekerjaan dan hak untuk mendapatkan pendidikan menjadi perkara utama yang diperjuangkan wanita Afghanistan.
Pada Jumaat, Taliban mengharamkan perkahwinan paksa di negara perang itu yang dilihat sebagai langkah ke arah negara maju sebagai prasyarat untuk kerajaannya diiktiraf dan bantuan dipulihkan.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut sama ada kanak-kanak perempuan akan dibenarkan kembali ke sekolah, atau jika wanita boleh kembali ke pekerjaan mereka.
Pada masa ini kanak-kanak perempuan tahap tujuh hingga 12 di seluruh Afgahnistan tidak dibenarkan ke sekolah.
Tindakan yang diumumkan oleh Akhunzada itu dibuat ketika kemiskinan semakin meningkat di Afghanistan.
Pengambilalihan Taliban pada Ogos yang menolak tentera Amerika Syarikat dan antarabangsa menyebabkan kerajaan asing menghentikan dana yang menjadi tonggak utama ekonomi.
Hak wanita ada peningkatan yang ketara sejak dua dekad yang lalu dengan campur tangan antarabangsa di Afghanistan.
Namun ia dilihat terancam sekembalinya pemerintahan Taliban.