Wanita 101 tahun penerima pertama vaksin COVID-19 di Jerman
Agensi
Disember 27, 2020 08:00 MYT
Disember 27, 2020 08:00 MYT
BERLIN: Wanita warga emas Edith Kwoizzala, 101, menjadi individu pertama di Jerman menerima suntikan vaksin COVID-19.
Ia susulan program imunisasi yang dilancarkan hanya beberapa jam selepas negeri itu menerima penghantaran bekalan vaksin buatan syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech.
Pada Ahad, pasukan bergerak kempen vaksinasi akan mula menyuntilk rakyatnya dengan tumpuan khusus kepada rumah orang tua dan hospital.
Golongan pertama yang diberikan vaksin ialah warga emas berusia lebih 80 tahun serta penjaga dan petugas kesihatan yang berisiko tinggi.
Jerman dijangka menerima tambahan 1.3 juta dos sebelum hujung tahun ini dengan 10 juta dos lagi dalam tiga bulan pertama pada 2021.