Wang kertas peringatan Raja Thailand laris
Agensi
Oktober 18, 2016 22:51 MYT
Oktober 18, 2016 22:51 MYT
Beribu-ribu rakyat Thailand beratur di hadapan bank simpanan kerajaan untuk membeli wang kertas edisi terhad sempena kemangkatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej
Wang kertas peringatan yang telah dikeluarkan sejak lima tahun lalu dicetak semula sebanyak 90,000 keping bagi memenuhi permintaan ramai.
Suasana sibuk dapat dilihat di bank-bank utama di mana orang ramai berpusu-pusu membeli wang kertas peringatan berkenaan.
Pihak bank menjangka kesemua wang kertas edisi terhad itu akan habis, namun berjanji tambahan 200,000 lagi wang kertas akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu ini.
Wang kertas peringatan berkenaan bersaiz lebih besar daripada wang kertas 100 baht biasa.
Setiap orang hanya terhad kepada lima nota dengan setiap satu dijual pada harga 200 baht.
Ia memaparkan imej Raja Bhumibol melawat rakyat, menanam padi dan bermain alat muzik 'saxophone'.