Wan Azizah kunjungi Masjid Istiqlal di Jakarta
Agensi
Januari 9, 2023 21:10 MYT
Januari 9, 2023 21:10 MYT
JAKARTA: Isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengunjungi Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, hari ini.
Memetik laporan Detik News, Wan Azizah tiba di masjis terbesar di Asia Tenggara itu sekitar jam 9.30 pagi waktu Indonesia Barat (10.30 pagi waktu Malaysia).
Turut mengiringi Wan Azizah adalah Imam Besar Masjid Istiqlal, Nasaruddin Umar.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan kegembiraan ketika mengelilingi serta menikmati keindahan masjid yang dibina pada tahun 1961 itu.
Difahamkan, beliau sempat menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid dan Dhuha sebelum meneruskan kunjungkan ke gereja Katedral.
Dr Wan Azizah mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi ke Indonesia, yang menjadi lawatan pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan Perdana Menteri pada 24 November lalu.