Walmart didenda USD100 juta buang sisa industri

Astro Awani
Mei 31, 2013 07:18 MYT
Walmart, pasaraya runcit terkemuka Amerika Syarikat dikenakan denda 110 juta dolar apabila terbabit dalam kes pembuangan sisa kilang secara haram.
Syarikat itu mengaku membuang 910 ribu kilogram racun serangga dan pelbagai sisa industri kepada pihak ketiga untuk dikitar semula diantara tahun 2006 dan 2008.
Syarikat berpangkalan di Arkansas itu terpaksa membayar denda sebanyak 81 juta dolar kepada syarikat yang melaporkan kes kepada Jabatan Keadilan dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika.
Denda selebihnya terpaksa dibayar kepada Missouri dan California.
Berdasarkan laporan media, setakat januari 2006 lalu, Walmart tidak mempunyai sebarang program khas melatih pekerjanya cara-cara membuang sisa industri dengan selamat.
Di dalam sesetengah kes, pekerja walmart membuang sisa toksid ke dalam tong sampah perbandaran atau menuangnya ke dalam sistem pembetungan.
Sementara itu Walmart yang meraih pendapatan lebih 469 bilion dolar pada 2012 dalam satu kenyataan memberitahu denda berkenaan tidak akan mempengaruhi prestasi kewangan syarikat.
#denda #haram #kilang #sisa #Walmart
;