Wakil damai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, P.B.B. ke Syria, Lakhdar Brahimi berkata serangan bom di Damsyik pada Khamis telah meragut sekurang-kurangnya 100 nyawa dan serangan itu disifatkan beliau sebagai satu “jenayah perang”.

Angka yang diberikan Brahimi itu jauh lebih tinggi daripada laporan awal oleh kumpulan aktivis yang berkata 61 orang terbunuh dalam serangan berhampiran pejabat presiden Syria, Bashar al-Assad.

Serentak dengan itu juga Brahimi mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang turut mencederakan 250 yang lain termasuk orang awam.

Brahimi bulan lalu mendesak Majlis Keselamatan P.B.B. menubuhkan satu pasukan penyiasat bebas bagi menyiasat kesalahan ‘jenayah perang’ seperti yang didakwa berlaku sebelum ini.

Kerajaan Assad mendakwa serangan didalangi kumpulan “pengganas”