TINDAKAN seorang vloger dari China yang cuba menjamah seekor sotong kurita hidup sambil merakam dirinya secara langsung memakan diri apabila sotong berkenaan menyedut wajah wanita itu.
Menerusi klip video yang tular di Twitter itu, vloger yang dikenali dengan nama ‘seaside girl Little Seven’ pada mulanya menyuakan sotong itu ke mulutnya, namun haiwan itu menyedut bibirnya dan melingkari wajah wanita berkenaan dengan sesungutnya.
Wanita itu kemudian menjerit kesakitan dan cuba bergelut menarik sotong tersebut daripada wajahnya kerana haiwan laut itu enggan melepaskannya, malah beralih ‘menyedut’ pipi wanita itu sehingga meninggalkan luka kecil.
Selepas berjaya melepaskan sotong berkenaan dari wajahnya, beliau menyatakan akan makan sotong itu menerusi video akan datang.
Video yang dimuatnaik di platform video popular, Kuaishou mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyokong tindakan sotong itu dan menyifatkannya sebagai ‘karma’.
Berdasarkan fakta daripada National Geographic, sotong kurita adalah haiwan yang sangat pintar, mahir menyembunyikan diri daripada musuh.
Sesunggutnya yang terdiri daripada ratusan penyedut dapat digerakkan secara berasingan bagi membolehkannya memegang, menghidu dan memanipulasi sesuatu objek. - Sumber Bernama
Bernama
Thu May 09 2019

Wanita itu kemudian menjerit kesakitan dan cuba bergelut menarik sotong tersebut daripada wajahnya kerana haiwan laut itu enggan melepaskannya. - Foto Agensi
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Maut akibat bergelut gara-gara selisih faham selepas kemalangan
Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat bergelut dengan seorang lagi lelaki ekoran perselisihan faham di antara mereka selepas terlibat dengan kemalangan pada petang Sabtu.