Wajah 'tak cantik' selepas pembedahan, vlogger nekad terjun bangunan

Astro Publication
Januari 27, 2019 15:25 MYT
Liu dijumpai mati setelah terjun dari sebuah bangunan. -Gambar hiasan
Sudah menjadi lumrah bagi setiap wanita untuk kelihatan cantik. Namun apabila hasilnya tidak seperti diharapkan, ia boleh mengundang tindakan di luar jangkaan.
Bagi seorang blogger di China, tindakannya melakukan pembedahan plastik 'memakan dirinya' apabila hasil prosedur tersebut menyebabkan wajahnya bertukar menjadi hodoh dan ditinggalkan teman lelaki.
Malu melihat wajahnya sendiri, wanita berusia 23 tahun yang hanya dikenali sebagai Liu bertindak nekad dengan terjun dari sebuah bangunan, lapor portal South China Morning Post.
Liu merupakan vblogger terkenal di China dan popular dengan video yang memaparkan dirinya yang ceria.
Namun dia dilapor terpaksa menjalani pelbagai prosedur susulan apabila pembedahan awal telah merosakkan wajahnya.
Media tempatan melaporkan sehari sebelum kejadian, Liu telah bertindak menaiki tingkat 18 sebuah bangunan untuk membunuh diri namun berjaya diselamatkan pasukan bomba.
Namun keesokan harinya, Liu yang kelihatan tertekan dengan keadaan wajahnya bertindak terjun dari sebuah bangunan dan menemui maut.
Video detik-detik akhir Liu di atas bangunan sebelum mengakhiri hayatnya tular di media sosial.
#bunuh diri #China #Liu #pembedahan plastik #vblogger #video blogger
;