Wad bersalin terbakar, 10 bayi maut

Agensi
Januari 9, 2021 13:25 MYT
Dr Pramod Khandate berkata kesemua mereka yang terkorban berusia antara beberapa hari dan tiga bulan. - Gambar hiasan
MUMBAI: 10 bayi dilaporkan maut selepas sebuah wad bersalin di sebuah hospital di Bhandara, Maharashtra, barat India, terbakar pada Sabtu.
AFP yang memetik pegawai perubatan kanan, Dr Pramod Khandate sebagai berkata, kesemua mereka yang terkorban berusia antara beberapa hari dan tiga bulan.
Berdasarkan siasatan awal katanya, bayi-bayi itu meninggal akibat sesak nafas selepas terhidu asap tebal.

Heart-wrenching tragedy in Bhandara, Maharashtra, where we have lost precious young lives. My thoughts are with all the bereaved families. I hope the injured recover as early as possible.

— Narendra Modi (@narendramodi) January 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The unfortunate incident of fire at Bhandara District General Hospital in Maharashtra is extremely tragic. My condolences to the families of the children who lost their lives. I appeal to Maha Govt to provide every possible assistance to the families of the injured & deceased.

— Rahul Gandhi (@RahulGandhi) January 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi tujuh bayi lain yang ditempatkan di wad yang sama dimana mereka berjayaadiselamatkan oleh kakitangan hospital itu.
"Pasukan keselamatan masih lagi mengenal pasti punca kebakaran, namun setakat ini masih belum dapat dipastikan.
"Sejurus kejadian, kakitangan kami berjaya memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api," katanya.
Tambah Pramod, api dipercayai merebak dari unit neonatal sebelum amaran dikeluarkan.
Briged kebakaran berjaya menghentikan kebakaran daripada merebak ke bahagian lain di hospital berkenaan.
Susulan kejadian, pihak berkuasa mengarahkan siasatan terperinci berhubung kejadian.
#kebakaran #Narendra Modi #bayi meninggal #Times of India #hospital terbakar #keselamatan #perubatan #India #bayi #siasatan
;