Wabak campak melanda Amerika Syarikat, lebih 100 dijangkiti

Astro Awani
Februari 15, 2019 08:08 MYT
Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat pada Khamis mengesahkan lebih 100 individu dijangkiti demam campak di negara itu. -Wikipedia
Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat pada Khamis mengesahkan lebih 100 individu dijangkiti demam campak di negara itu.
Lebih separuh daripada jumlah itu dilapor dikesan di Washington.
Pegawai kesihatan dan doktor berkata pemantauan ditingkatkan bagi menangani wabak dan imunisasi diberikan di kawasan terjejas.
Ibu bapa dinasihat mendapatkan maklumat vaksin campak dan rubela serta memeriksa rekod imunisasi anak-anak.
#campak #imunisasi #Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat #rubela #vaksin #wabak