Vo Van Thuong dipilih sebagai Presiden baharu Vietnam

Agensi
Mac 2, 2023 16:39 MYT
Dalam ucapan pertama di Parlimen sebagai Presiden, Thuong berkata beliau akan meneruskan usaha membanteras rasuah. - AP
HANOI: Ahli Biro Politik Parti Komunis Vietnam (CPV), Vo Van Thuong dipilih sebagai presiden baharu Vietnam pada Khamis.
Mesyuarat luar biasa Perhimpunan Kebangsaan Vietnam secara rasmi meluluskan Thuong, 52, untuk mengambil alih jawatan presiden.
Pada 17 Januari lalu, Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan sebagai presiden Vietnam atas sebab peribadi. Beliau terpalit kontroversi selepas dipertanggungjawab atas pelanggaran tatakelola dan salah laku oleh pegawai-pegawai pemerintah di bawah pentadbirannya. Kes berkenaan disifatkan sebagai kemuncak pembanterasan masalah korupsi di Vietnam.
Dalam satu sesi luar biasa, pelantikan Thuong sebagai Presiden disahkan majlis, setelah Parti Komunis mencalonkannya pada Rabu. Jawatan politik itu merupakan antara kedudukan empat teratas di negara berkenaan.
Pelantikan Thuong menyusul selepas Presiden sebelumnya, Nguyen
Dalam ucapan pertama di Parlimen sebagai Presiden, Thuong berkata beliau akan meneruskan usaha membanteras rasuah.
"Saya akan terus setia kepada tanah air, pada rakyat dan perlembagaan, dan akan berusaha keras untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti, negara dan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan yang disiarkan di stesen televisyen negara itu.
#presiden baharu #presiden vietnam #Vo Van Thuong #Rasuah
;