Visa pelajar asing: Dua universiti fail saman atas Jabatan Kastam AS

Astro Awani
Julai 8, 2020 06:30 MYT
Pejalan kaki melalui pagar Harvard Yard di Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, 13 Ogos, 2019. (Foto AP/Fail)
DUA universiti elit Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman ke atas Jabatan Kastam dan Keselamatan Dalam Negeri (ICE) AS susulan pengumuman Presiden, Donald Trump berhubung pembatalan visa pelajar asing.
Universiti Harvard dan Massachusets Institute of Technology (MIT) memohon injunksi mahkamah untuk menggantung sementara keputusan itu.
Saman difailkan di Mahkamah Daerah Boston.
Presiden Universiti Harvard, Lawrence Bacow menyifatkan keputusan itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Kolej berprestij itu sebelum ini mengumumkan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian kerana pandemik COVID-19.
Keputusan itu dikecam Trump yang mahu semua pelajar kembali ke institusi pengajian pada penggal musim luruh.
Trump kemudian mengumumkan akan membatalkan semua visa pelajar asing yang menghadiri kelas secara dalam talian.
#Amerika Syarikat #AS #COVID-19 #dalam talian #Donald Trump #Harvard #kastam #keselamatan #koronavirus #mahkamah #MIT #pandemik #pelajar #pengajaran dan pembelajaran #presiden #saman #universiti #Visa
;