Virus Nipah berpotensi jadi pandemik seterusnya - Laporan

Astro Awani
Januari 31, 2021 10:27 MYT
Kadar kematian akibat wabak Nipah diramal sehingga 75 peratus. -Gambar fail
KETIKA dunia masih bergelut dengan COVID-19, virus Nipah pula dilaporkan berpotensi menjadi pandemik seterusnya, bermula di China.
Kadar kematian akibat wabak Nipah diramal sehingga 75 peratus, lapor The Guardian.
Keadaan itu sekali gus menyaksikan syarikat-syarikat farmaseutikal tidak bersedia untuk menghadapi situasi itu.
"Virus Nipah adalah satu lagi jangkitan yang menuntut perhatian.
"Virus Nipah boleh merebak pada bila-bila masa," kata Pengarah Eksekutif Access to Medicine Foundation, Jayasree K Iyer.
Virus Nipah adalah jarang berlaku dan merebak melalui kelawar buah.
Ia boleh menyebabkan simptom seperti demam dan kerosakan pada otak.
Malah, ia boleh mengakibatkan encephalitis atau radang otak berdasarkan penilaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
#WHO #China #India #Bangladesh #kesihatan #COVID-19 #pandemik #Pertubuhan Kesihatan Sedunia
;