Vietnam lupuskan 4.7 juta babi gara-gara wabak demam babi Afrika

Agensi
September 6, 2019 07:30 MYT
Ternakan babi Vietnam menurun kepada 18.5 peratus pada penghujung Julai kepada kepada 22.2 juta ekor sejak Disember tahun lalu. - Gambar hiasan
Kira-kira 4.7 juta babi dihapuskan oleh kerajaan Vietnam dalam usaha mengawal wabak demam selesema babi Afrika yang merebak ke semua 63 daerah di negara itu.
Menurut Ketua Jabatan Kesihatan Haiwan, Pham Van Dong, wabak tersebut mula dikesan pada Februari lalu dan sukar dikawal kerana tiada vaksin.
“Kami sudah menghapuskan kira-kira 4.7 juta babi dan seperti anda lihat, Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar telah mengesahkan bahawa wabak itu sudah merebak ke 63 daerah dan bandar,” kata Dong kepada Reuters.
Dilaporkan, demam selesema babi Afrika mula dikesan di China pada tahun lalu, yang merupakan negara pengeluar daging babi terbesar di dunia.
Akibatnya, ternakan babi China menyusut sebanyak 32.2 peratus (%) pada bulan Julai berbanding bulan sama tahun lalu.
Sementara di Vietnam, daging babi menyumbang kepada tiga suku keseluruhan jumlah pengambilan daging di Vietnam dan kebanyakan ladang ternakan babi adalah untuk pasaran dalam negara.
Ternakan babi Vietnam menurun kepada 18.5 peratus pada penghujung Julai kepada kepada 22.2 juta ekor sejak Disember tahun lalu.
#Babi #Demam Babi Afrika #kawalan kesihatan #penyakit #Vietnam #wabak
;