Vietnam anjur ekspo perdagangan terbesar pada April
Bernama
Mac 7, 2023 08:53 MYT
Mac 7, 2023 08:53 MYT
HANOI: Pameran perdagangan terbesar di Asia Tenggara, Ekspo Vietnam 2023 akan diadakan di Hanoi dari 5 hingga 8 April yang menyaksikan penyertaan dari 15 negara dan wilayah, lapor Xinhua.
Diadakan setiap tahun sejak 1991, ekspo itu telah menjadi platform untuk perniagaan Vietnam mempromosikan dan memperkenalkan produk selain mempromosi perdagangan global.
Pameran tahun ini akan menarik lebih 500 syarikat dari 15 negara dan wilayah, menurut pihak penganjur Vinexad Company.
Acara itu akan melibatkan syarikat daripada pelbagai industri termasuk elektronik, mesin, peralatan dan industri sokongan, teknologi digital dan e-dagang.
Turut terdapat pavilion antarabangsa yang mempamerkan produk dan perkhidmatan dari negara termasuk China, Kemboja, Indonesia dan Korea Selatan.
-- BERNAMA