[VIDEO] Scha Alyahya kongsi cerita kehidupan keluarga yang kadang kala pelik
Astro Publication
Mei 8, 2015 14:36 MYT
Mei 8, 2015 14:36 MYT
Rasanya doa-doa peminat dan penyokong Scha dan Awal benar-benar termakbul apabila mereka bernikah dan bergelar suami-isteri yang sah. Beberapa bulan selepas pernikahan mereka pada bulan Mei, kami akhirnya dapat merakam foto mereka dalam edisi khas perkahwinan apabila Scha Alyahya tampil manis sama gaun perkahwinan Zery Zamry manakala disolek indah Najeeb dan didandan Bibian L. Awal pula segak dalam persalinan Shanghai Tang dan Gucci. Wawancara antara kami bertiga berlangsung melalui e-mel kala pasangan ini bercuti ke Bangkok, melepas lelah kerja dan bawa keluarga berpergian.
“So how is living together as husband and wife?”
Soal kami. “Banyak perkara yang masih sedikit asing,kekok dan pelik, Awal cekap menghafal dan sentiasa ingat perkara yang mungkin Scha pandang remeh. Kerana itulah kami compatible. Perkara yang kurang pada Scha, Awal sudahkan dan vice versa in the other direction…” Temu bual itu dijanjikan dalam isu November 2012 dan sejak itu ajnas perkara dan rotasi tahun berlalu, kini Scha dan Awal sudah pun bergelar ibu dan bapa kepada Lara Alana. Untuk ulang tahun yang ke-10 ini, kami mahukan Scha kembali menjadi wajah wakilan, antara 10 yang paling dekat di hati InTrend, tampil bersama Kilafairy dalam balutan cool Clover Canyon yang punya cetak cukup fun.
“Sepuluh tahun bukanlah jangka masa yang pendek, banyak perkara yang sudah berlaku, Scha turut sama dewasa bersama InTrend, daripada zaman bujangan hingga bernikah and now I have Lara by my side. I could see how the magazine has grown. Terima kasih for your kind words dan selalu menyokong Scha, I am proud to be one of your girls untuk ulang tahun yang ke-10 ini."