Video pemimpin politik India tonton persembahan BTS curi tumpuan
Agensi
September 22, 2022 12:30 MYT
September 22, 2022 12:30 MYT
KERALA: Ciapan pemimpin senior Parti Kongres India (Kongres), Rahul Gandhi menerusi Twitter selepas melawat pelajar sekolah di Kerala menarik perhatian ramai.
Dalam ciapannya, Rahul dalam sesi lawatan Bharat Jodo Yatra selama lima bulan mengelilingi seluruh India singgah di Kerala.
Dalam lawatan itu, beliau sempat menonton persembahan kumpulan pop sensasi, BTS bersama para pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY (peminat BTS).
Menerusi video yang dikongsi, Rahul dilihat berbincang dengan para pelajar mengenai topik menarik dari soal persahabatan, minat dan pembelajaran.
Dalam masa sama, Rahul turut membuat panggilan kepada abang para pelajar itu dan berborak mengenai rancangan masa depan.
Apa yang mengejutkan, ketika ditanya para pelajar berkenaan mengenai masa depan, rata-rata dari mereka mahu bekerja sebagai jururawat di Korea.
“Kami adalah ARMY, peminat tegar BTS,” kata para pelajar.
Rahul yang hairan dengan jawapan mereka kemudian bertanya keistimewaan tentang muzik Korea.
“Bila anda rasa sedih, muzik mereka buat kita rasa lega dan terhibur,” jawab ARMY dari Kerala ringkas.
Rata-rata peminat BTS di India memuji sikap Rahul Ghandi yang dilihat cukup santai melayan rakyat di kalangan remaja dengan menonton video persembahan BTS bersama.