Video mirip Jack Ma sudah tular sejak 2018

Astro Awani
Februari 8, 2021 11:00 MYT
Jack Ma membuat penampilan yang pertama setelah dilaporkan 'hilang' dari pandangan umum sejak Oktober tahun lalu. - semakanfakta.afp.com
KUALA LUMPUR: Satu video tular di pelbagai platform media sosial mendakwa hartawan dan pengasas Alibaba.com, Jack Ma yang membaiki sebuah unit penyaman udara di Malaysia sudah tersebar sejak 2018 lagi.
Menurut portal semakanfakta.afp.com, video dan pelbagai komen mengenainya kembali tular selepas Jack Ma tidak kelihatan di mata umum selama beberapa bulan.
"Dakwaan itu tak benar. Video itu telah tersebar secara dalam talian sejak sekurang-kurangnya tahun 2018 dalam pelbagai laporan mengenai lelaki 'mirip Jack Ma'.
"Video itu dimuat naik pada 6 Januari 2021 di Facebook di mana ia telah ditonton melebihi 45,000 kali. Video berdurasi 10 saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di atas unit penghawa dingin dan kelihatan membaikinya. Keterangan catatan itu, diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, menyatakan, “Jack Ma dijumpai di Puchong.”
"Namun Jack Ma muncul semula di satu acara di luar bandar China pada 20 Januari 2021," jelas portal itu.
BACA: Jack Ma dilapor 'hilang': Ini fakta penting yang diketahui
BACA: Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum
Jack Ma membuat penampilan yang pertama setelah dilaporkan 'hilang' dari pandangan umum sejak Oktober tahun lalu.
Mogul terkenal dari China itu tampil menerusi sebuah panggilan video bersama sekumpulan guru sekali gus meredakan kebimbangan orang ramai berkenaan misteri kehilangannya dari masyarakat umum.
#Facebook #video #China #media sosial #hilang #guru
;