Veteran Perang Falkland peringati pendudukan pulau

Astro Awani
Januari 4, 2013 09:17 MYT
Veteran Perang Falkland berkumpul di hadapan kedutaan British di Buenos Aires bagi memperingati 180 tahun pendudukan negara itu di kepulauan Falkland.
Demonstrasi itu berlangsung ketika presiden Argentina meminta Britain melepaskan penguasan ke atas pulau berkenaan.
Presiden Cristina Fernandez de Kirchner juga menuduh pendudukan di Falkland adalah satu kolonialisasi secara terang-terangan.
Malah beliau dalam surat terbuka kepada David Cameron yang disiarkan akhbar Guardian, menggesa Britain mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar menyerahkan Falkland atau dikenali sebagai Malvinas di Argentina.
Bagaimanapun London tetap mempertahankan pulau berkenaan dan bertegas sebarang keputusan perlu dibuat sendiri oleh penduduk Falkland.
Britain menduduki pulau Atlantik Selatan dengan menetapkan sempadan pada tahun 1833.
Argentina menduduki pulau berkenaan pada 1982 dan mencetuskan perang pendek antara kedua-dua negara yang menyaksikan 900 orang terkorban.
#Argentina #British #Buenos Aires #David Cameron #Perang Falkland
;