Venice Grand Canal: Penduduk tidak suka penggunaan bot moden

Astro Awani
November 21, 2021 04:57 MYT
Penduduk Venice membantah kerosakan yang disebabkan oleh ombak besar dan pencemaran yang didakwa terjadi akibat kehadiran bot moden di Venice, Itali, 20 Nov 2021. REUTERS
PENDUDUK Venice mulai gusar dengan ketidakprihatin kerajaan Itali dalam melindungi khazanah kota berharga itu.
Kebimbangan mereka itu wujud selepas penduduknya merasakan kerajaan tidak melakukan apa-apa berkenaan penggunaan bot-bot moden serta kapal besar menelusuri terusan sungainya yang popular, Grand Canal.
Pada Sabtu, mereka tampil melakukan protes yang diketuai badan bukan kerajaan (NGO) We Are Here Venice (WAHV).
Sekumpulan penunjuk perasaan menaiki bot kecil berkumpul di Venetian Lagoon membantah apa yang disifatkan sebagai "pengangkutan air yang tidak mampan".
Selain daripada penggunaan bot bukan tradisional 'gondola' di terusan itu, yang menyebabkan pencemaran udara serta ombak besar, mereka juga bimbang dengan kemerosotan kadar populasinya akibat sektor pelancongan.
Kadar populasi Venice kini berkurangan, daripada 101,000 pada 1977 kepada hanya kira-kira 50,000 orang hari ini.
Venice Grand Canal | Penduduk tidak suka pengunaan bot moden
#Grand Canal #Venice #bot moden #We Are Here Venice
;