Venezuela minta 7 negara Amerika Latin tarik balik kakitangan diplomatik

Bernama
Julai 30, 2024 02:00 MYT
Penunjuk perasaan melempar gas pemedih mata ketika penyokong pembangkang Venezuela mengadakan protes susulan pengumuman Nicolas Maduro memenangi pilihan raya presiden, di Caracas, 29 Julai 2024. - REUTERS
CARACAS: Venezuela pada Isnin menggesa kerajaan Argentina, Chile, Costa Rica, Peru, Panama, Republik Dominican dan Uruguay supaya menarik balik kakitangan diplomatik mereka di negara itu, lapor Agensi Berita Xinhua.
Langkah itu, diumumkan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Venezuela, juga menggesa penarikan balik kakitangan diplomatik Venezuela yang diakreditasi di negara-negara berkenaan.
Venezuela menuduh kerajaan tujuh negara itu "campur tangan" dalam hal ehwal dalamannya, terutamanya pilihan raya presiden yang diadakan pada Ahad yang menyaksikan Presiden Nicolas Maduro dipilih semula untuk penggal ketiga selama enam tahun.
Majlis Pilihan Raya Kebangsaan Venezuela pada Isnin mengisytiharkan Maduro menang pilihan raya presiden pada Ahad.
-- BERNAMA
#tarik balik #kakitangan diplomatik #Venezuela #campur tangan hal ehwal dalaman