Varian Omicron: Saringan antigen calitan hidung kurang efektif
Astro Awani
Januari 7, 2022 07:15 MYT
Januari 7, 2022 07:15 MYT
SARINGAN menggunakan kaedah ujian pantas antigen calitan hidung didakwa tidak dapat mengesan varian COVID-19 dalam beberapa hari selepas jangkitan.
Menurut pakar penyakit berjangkit, Blythe Adamson, pengeluar harus mendapatkan kelulusan daripada Badan Pentadbiran Amerika Syarikat bagi membolehkan pengguna mengumpul sampel dengan selamat dan menjalankan kajian melalui tekak.
Namun, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan calitan di tekak yang dibuat secara kendiri.
Hasil kajian kepada 29 orang pekerja yang dijangkiti varian Omicron - mereka turut menjalani ujian saringan PCR dan antigen pantas secara serentak pada beberapa hari.
Hasil ujian PCR air liur mengesan virus Omicron secara purata tiga hari sebelum ujian calitan hidung menunjukkan keputusan positif.
Ketika orang ramai membuat ujian calitan hidung dan didapati negatif, ada kemungkinan virus itu tidak dapat dikesan lagi, walaupun mereka ketika itu sudah boleh menjangkiti orang lain.