Varian Omicron: Penutupan baharu tidak mungkin dilaksanakan - Boris Johnson
Astro Awani
Disember 1, 2021 08:13 MYT
Disember 1, 2021 08:13 MYT
PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson menegaskan kerajaannya tidak mungkin melaksanakan siri baharu sekatan walaupun 13 kes berkaitan varian Omicron dikesan di England.
Kenyataan ini dikekuarkan di tengah-tengah kebimbangan terhadap varian baharu tersebut.
"Saya rasa satu lagi 'lockdown' seperti yang pernah kita lalui sebelum ini, adalah sangat tidak mungkin berlaku.
"Tetapi, kita pastikan semuanya sentiasa di bawah pemantauan yang berterusan," kata Johnson pada satu sidang media.
Kata beliau, kerajaan akan memantau perkembangan berterusan berkaitan varian Omicron, yang menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia.
Ini memandangkan, bilangan mutasi yang tinggi mungkin membantu ia merebak atau bahkan mengelak vaksinasi sebelumnya.