Varian Omicron: Kanada sahkan dua kes dikesan

Astro Awani
November 30, 2021 08:51 MYT
Kedua-dua kes melibatkan individu yang baru-baru ini berada di Nigeria dan pertama kali diuji ketika mereka tiba di Montreal. - Foto REUTERS
TORONTO: Kanada mengesahkan negara itu mengesan dua kes COVID-19 varian Omicron.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan Kesihatan Wilayah Ontario, empat lagi kes kemungkinan berpotensi dikaitkan dengan varian tersebut.
Dua kes yang disahkan berada di Ottawa.
"Semalam diumumkan bahawa Ontario telah mengesahkan dua kes varian Omicron COVID-19. Kedua-dua kes dilaporkan pada individu di Ottawa dengan perjalanan baru-baru ini dari Nigeria.
"Pejabat Kesihatan Awam Ottawa sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan pengurusan kes dan kontak rapat serta kedua-dua individu sedang dikuarantin.
"Saya ingin meyakinkan orang ramai di Ontaria bahawa kami bersedia untuk bertindak balas terhadap perkara ini atau mana-mana varian baharu yang lain," katanya.
Moore berkata kedua-dua kes melibatkan individu yang baru-baru ini berada di Nigeria dan pertama kali diuji ketika mereka tiba di Montreal.
Terdapat dua kes lain yang sedang disiasat sebagai kemungkinan kes bagi varian Omicron dan ia berada di kawasan Hamilton.
#COVID-19 #varian omicron #Nigeria #Montreal
;