Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing

Bernama
November 29, 2021 17:15 MYT
Keputusan itu dibuat untuk mengelak senario yang tidak diingini dan ia adalah langkah sementara sehingga maklumat yang lebih jelas mengenai varian Omicron diperoleh. - Gambar fail/ETX Studio
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaan akan melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron, lapor Xinhua.
Kishida berkata keputusan itu dibuat untuk mengelak senario yang tidak diingini dan ia adalah langkah sementara sehingga maklumat yang lebih jelas mengenai varian Omicron diperoleh.
Sebelum ini, Jepun telah melarang kemasukan pengembara atau mereka yang pernah mengunjungi negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Zambia dan Zimbabwe.
-- BERNAMA
#Jepun #Omicron #pelancong #warga asing
;