Varian Omicron: Arab Saudi sahkan kesan kes pertama
Astro Awani
Disember 2, 2021 10:49 MYT
Disember 2, 2021 10:49 MYT
RIYADH: Arab Saudi mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 Omicron, pada Rabu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammed Al-Abdulaali berkata, kes berkenaan dikesan daripada seorang warganya yang pulang dari sebuah negara di Afrika utara.
Individu berkenaan kini sedang menjalani kuarantin dan siasatan akan dijalankan.
Kes itu menandakan pengesanan pertama Omicron dalam kalangan negara Arab Teluk.
Masih banyak yang tidak diketahui tentang varian baharu itu, yang telah dikenal pasti di lebih 20 negara.