Varian COVID-19 UK lebih berbahaya - Kajian

Astro Awani
Mac 11, 2021 08:25 MYT
Varian COVID-19 di United Kingdom (UK) yang dikesan di 47 negeri di Amerika Syarikat dikaitkan dengan kematian yang jauh lebih tinggi. -Gambar fail
LONDON: Varian COVID-19 di United Kingdom (UK) yang dikesan di 47 negeri di Amerika Syarikat dikaitkan dengan kematian yang jauh lebih tinggi.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMJ itu mengesahkan lagi bukti yang menunjukkan bahawa varian dikenali sebagai B.1.1.7 atau VOC-202012/01 itu sangat mudah merebak, malah mungkin lebih berbahaya.
Pengkaji mendapati individu dijangkiti varian tersebut berdepan di antara 32 dan 104 peratus kecenderungan untuk meninggal dunia berbanding individu dijangkiti varian terdahulu, lapor Newsweek.
Dalam populasi yang kebanyakannya belum divaksinasi, risiko kematian akibat varian tersebut masih rendah.
Namun penyelidik memaklumkan kadar kematian kini semakin meningkat dari 2.5 hingga 4.1 bagi setiap 1,000 kes yang dikesan.
"Tetapi doktor dan pegawai kesihatan awam harus sedar bahawa kadar kematian yang lebih tinggi mungkin berlaku walaupun langkah perubatan tidak berubah.
"Kebarangkalian risiko kematian dengan jangkitan VOC-202012/01 adalah tinggi.
"Perancangan kapasiti penjagaan kesihatan dan polisi kawalan nasional dan antarabangsa turut terkesan oleh penemuan ini," menurut laporan kajian itu.
#COVID-19 #varian UK #B 1 1 7 #VOC-202012 01 #sangat mudah merebak #lebih berbahaya #kadar kematian lebih tinggi
;