Varian baharu COVID-19: Kuwait tutup sempadan, gantung penerbangan antarabangsa

Astro Awani
Disember 22, 2020 23:05 MYT
Pihak berkuasa turut mengarahkan mereka yang tiba dari EU dan UK pada minggu lepas untuk menjalani saringan COVID-19. - REUTERS
KUWAIT CITY: Kuwait menggantung semua penerbangan komersial antarabangsa dan menutup sempadan sehingga akhir tahun.
Ini selepas laporan varian baharu yang dikesan di UK.
Pihak berkuasa Kuwait melaporkan keputusan berkenaan adalah langkah berjaga-jaga dan akan disemak semula selepas 10 hari.
Namun penerbangan kargo dan dagangan akan diteruskan.
Pihak berkuasa turut mengarahkan mereka yang tiba dari EU dan UK pada minggu lepas untuk menjalani saringan COVID-19.
Hingga 22 Disember, Kuwait melaporkan 148 kes positif dan 920 kematian akibat COVID-19.
#EU #penerbangan #COVID-19 #kes positif #Kuwait