Van langgar pejalan kaki di London, beberapa orang cedera

Agensi
Jun 19, 2017 09:10 MYT
Pegawai polis berada di tempat kejadian selepas sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki berhampiran Finsbury Park di North London, Britain, 19 Jun, 2017. - REUTERS
Beberapa orang cedera di utara London pada awal Isnin, susulan laporan bahawa terdapat sebuah kenderaan yang telah merempuh pejalan kaki, menurut polis Britain.
Polis berkata, mereka dihubungi selepas jam 12.20 tengah malam waktu tempatan, berhubung laporan mengenai kemalangan yang terjadi di Seven Sisters Road, di kawasan Finsbury Park di bandar ini.
Menurut akhbar The Sun, sebuah van melanggar sekumpulan orang ramai berhampiran masjid Finsbury Park. Mereka difahamkan baru saja meninggalkan masjid berkenaan.
The Guardian pula melaporkan, kejadian itu berlaku di pekarangan sebuah pusat kebajikan bagi orang Islam, Muslim Welfare House, yang juga menempatkan sebuah masjid. Masjid Finsbury Park terletak kira-kira 300 meter dari lokasi tersebut.
Datuk Bandar London, Sadiq Khan, melalui akaun Twitternya memberitahu, pasukan kecemasan dan penyiasat sudah digegaskan ke tempat kejadian:

Emergency services are on the scene and investigating a major incident at Finsbury Park. Follow @Metpoliceuk and @Ldn_ambulance for details.

— Mayor of London (@MayorofLondon) June 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pihak polis mengesahkan seorang suspek sudah ditahan.
Seorang saksi, Boubou Sougpu memberitahu kepada wartawan The Guardian: "Ia bukan satu kemalangan. Saya melihat semuanya. Mangsa cedera teruk. Pemandu van itu cuba melarikan diri namun orang ramai telah menangkapnya. Dia tidak berkata apa-apa."
Seorang saksi lain memberitahu Sky News bahawa terdapat tiga orang dalam van berkenaan, namun dua orang lagi sempat melarikan diri. Pihak polis dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
Badan yang memantau hal ehwal orang Islam di Britain, Majlis Muslim Britain (MCB) menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian berkenaan dan turut mengemas kini kejadian di akaun Twitter mereka.

BREAKING: We have been informed that a van has run over worshippers as they left #FinsburyPark Mosque. Our prayers are with the victims. https://t.co/FSE5m3bFpo

— MCB (@MuslimCouncil) June 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Terdapat beberapa kecederaan di tempat kejadian. Seorang telah ditangkap," kata polis London.
Saksi Reuters menyaksikan sekurang-kurangnya seorang di dalam ambulans. Angota polis dan beberapa unit ambulans kelihatan di tempat kejadian.

We have a number of ambulance crews & specialist teams on scene at the incident on #SevenSisters Road #FinsburyPark https://t.co/oL75V7ZUWD pic.twitter.com/4SHEhzx3tr

— London Ambulance (@Ldn_Ambulance) June 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Media tempatan melaporkan, berdasarkan kenyataan saksi, bahawa sekurang-kurangnya 10 orang yang kebanyakannya lelaki, cedera dilanggar di lokasi tersebut. Situasi kecederaan mereka bagaimanapun belum diketahui.
Kejadian di Finsbury Park itu terjadi selepas London masih lagi dalam fasa pulih selepas kejadian serangan pada Mac lalu yang telah diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.
#Britain #cedera #kemalangan #London #polis
;