Vaksin tunggal COVID-19 sumbangan AS akan mula dihantar ke Afrika

Astro Awani
Julai 17, 2021 09:12 MYT
Dengan sumbamgan ini, 49 negara di benua Afrika akan menjadi penerima.
WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mula membuat penghantaran vaksin COVID-19 dos tunggal ke Afrika dalam beberapa hari akan datang.
Ia mensasarkan 25 juta dos diagihkan ke seluruh benua itu pada musim panas ini dengan kerjasama Kesatuan Afrika.
Vaksin dos tunggal yang disumbangkan akan dihantar ke Habsyah, Djibouti dan Burkina Faso, hasil kerjasama Amerika Syarikat dengan pakatan vaksin global COVAX.
Dengan sumbamgan ini, 49 negara di benua Afrika akan menjadi penerima.
Penghantaran ini sebahagian daripada komitmen 80 juta dos yang telah dijanjikan oleh Presiden Joe Biden.
Bagaimanapun ada bekalan yang lambat tiba gara-gara masalah logistik.
Setakat ini Amerika Syarikat menghantar lebih daripada 53 juta dos vaksin COVID-19 ke lebih dari 30 negara dan wilayah.
#COVID-19 #vaksin #Afrika #COVAX #dos tunggal #Kesatuan Afrika
;