Vaksin Sinovac kurangkan kadar kematian hingga 97 peratus di Uruguay

Bernama
Mei 31, 2021 16:56 MYT
Menurut laporan awal Kementerian Kesihatan, jumlah mereka yang dimasukkan ke ICU menurun lebih 95 peratus. - Gambar fail/ REUTERS
MONTEVIDEO: Kadar kematian akibat COVID-19 dalam kalangan penduduk Uruguay berumur 18-70 tahun yang sudah lengkap menerima dos vaksin CoronaVac turun sebanyak 97 peratus dalam tempoh 14 hari, lapor Agensi Berita Xinhua.
Vaksin CoronaVac dihasilkan syarikat China, Sinovac.
Menurut laporan awal dikeluarkan Kementerian Kesihatan, jumlah mereka yang dimasukkan ke unit rawatan rapi menurun lebih 95 peratus dan kes jangkitan virus berkenaan berkurangan sehingga 57 peratus.
Laporan itu membabitkan 712,716 orang yang telah melepasi tempoh 14 hari vaksinasi dari 1 Mac hingga 25 Mei, selepas menerima dos kedua.
Pada Selasa, 28 peratus penduduk Uruguay telah lengkap menerima dua dos vaksin.
Uruguay melaporkan sejumlah 291,488 kes jangkitan COVID-19 dan 4,213 kematian sehingga Ahad.
-- BERNAMA
#China #Sinovac #kadar kematian #turun #97 peratus #Uruguay #CoronoVac
;