Vaksin COVID-19: WHO belum beri kelulusan global terhadap Covaxin

Astro Awani
Oktober 18, 2021 07:55 MYT
Vaksin tersebut menerima kelulusan kecemasan di India sejak Januari walaupun ujian klinikal tahap akhir masih belum selesai. - Foto REUTERS
BENGALURU: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa data yang lebih lengkap lagi terperinci daripada syarikat Biotech Bharat di India untuk meniliti permohonan syarikat tersebut bagi kelulusan penggunaan kecemasan bagi vaksin COVID-19 buatannya.
WHO menegaskan, mereka tidak akan mengambil jalan mudah dalam membuat keputusan.
Bharat Biotech yang membangunkan Covaxin dengan kajian dijalankan di India sudah mula berkongsikan data dengan WHO sejak awal Julai lalu.
Vaksin tersebut menerima kelulusan kecemasan di India sejak Januari walaupun ujian klinikal tahap akhir masih belum selesai.
Dilaporkan, vaksin tersebut menunjukkan 78 peratus kadar keberkesanan.
Tanpa kelulusan daripada WHO, Covaxin dengan dua dos itu tidak akan diterima sebagai vaksin yang sah untuk digunakan di seluruh dunia dan akan menyukarkan beberapa perkara termasuk perjalanan rentas negara.
Setakat ini, daripada 986 juta vaksin diberikan di India, 11 peratus adalah penerima Covaxin
Menerusi perkongsian ringkas di Twitter, WHO memaklumkan pihak sedang menunggu satu lagi maklumat tambahan daripada syarikat tersebut ketika ini.

Bharat Biotech - the manufacturer of Covaxin - has been submitting data to WHO on a rolling basis and WHO experts have reviewed these data. WHO is expecting one additional piece of information from the company today. https://t.co/kfaNI05KIw

— World Health Organization (WHO) (@WHO) October 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #vaksin #WHO #Covaxin
;