Vaksin COVID-19: Warga emas meninggal dunia kerana penyakit jantung iskemia

Astro Awani
Jun 19, 2021 20:11 MYT
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan punca kematian seorang warga emas berusia 72 tahun selepas sehari divaksin adalah disebabkan penyakit jantung iskemia.
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan punca kematian seorang warga emas berusia 72 tahun selepas sehari divaksin adalah disebabkan penyakit jantung iskemia.
Dalam masa sama, hasil bedah siasat mendapati wanita itu tidak menunjukkan tanda-tanda alergik terhadap vaksin.
MOH membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan media mengenai kematian warga emas wanita di Hospital Sengkang pada 4 Jun lalu.
Pesakit itu telah menerima rawatan di jabatan perubatan kecemasan di hospital awam berkenaan.
Warga emas itu menerima suntikan dos pertama Pfizer-BioNTech pada 3 Jun lalu.
"Dia telah dinilai oleh petugas petugas terlatih sebelum menerima vaksin COVID-19. Dia juga telah dipantau dalam masa 30 minit selepas vaksinasi dan berada dalam keadaan baik," ujar MOH.
#Singapura #Kementerian Kesihatan #warga emas #COVID-19 #vaksin #Pfizer-BioNTech #suntikan #dos pertama
;