Vaksin COVID-19: 'Walau dijangkiti, simptom tidak seteruk mereka yang tidak divaksinasi'
Astro Awani
Mei 22, 2021 06:15 MYT
Mei 22, 2021 06:15 MYT
ODISHA: Seorang doktor di India yang dijangkiti COVID-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin gesa rakyat negara itu untuk mendapatkan vaksinasi.
Ini kerana, jelasnya, mereka yang menerima suntikan vaksin akan mengalami simptom yang tidak teruk berbanding mereka yang tidak divaksinasi.
Satya Ranjan Patra yang bertugas sebagai doktor ortopedik dan merupakan seorang profesor di Hi-Tech Medical College menceritakan kembali saat dia dijangkiti virus itu.
Katanya, beliau dijangkiti COVID-19 ketika gelombang kedua yang melanda India tahun ini.
Mujur sebagai petugas kesihatan, beliau antara yang terawal menerima suntikan vaksin.
Walaupun dijangkiti, beliau hanya mengalami simptom ringan dipercayai kerana vaksin tersebut.
"Kita boleh mengawal penularan ini.
"Secara peribadi, saya sudah menerima dua dos suntikan vaksin dan saya menyaksikan sendiri.
"Selepas menerima suntikan vaksin, walaupun dijangkiti virus itu, simptom yang dialami tidak seteruk mereka yang tidak divaksinasi," katanya.
Justeru, beliau menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin sebagai langkah perlindungan.
India mencatatkan pertambhan 257,299 kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas.
Angka kematian juga merekodkan peningkatan tinggi dengan lebih 4,000 lagi korban direkodkan.
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#Doktor
#India
#Satya Ranjan Patra
#petugas kesihatan
#ortopedik
#Hi-Tech Medical College