Vaksin COVID-19: UK bincang isu pensijilan bagi tujuan pengembaraan
Astro Awani
Februari 15, 2021 05:52 MYT
Februari 15, 2021 05:52 MYT
UNITED Kingdom sedang bekerjasama dengan negara-negara lain dalam isu pensijilan vaksin COVID-19 bagi tujuan pengembaraan.
Menurut Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, beberapa negara telah mengemukakan idea ini untuk dilaksanakan bagi memastikan mereka yang sudah menerima vaksin dibenarkan mengembara.
“Banyak negara mengusulkan idea mempertimbangkan peraturan, bagi sesiapa yang sudah menerima vaksin sahaja dibenarkan untuk mengembara.
“Ia masih belum dimuktamadkan, tetapi banyak negara mengusulkan perkara itu.
“Ia adalah penting untuk individu dari UK menunjukkan bukti mereka sudah divaksin atau tidak sebelum memulakan pengembaraan,” katanya ketika diwawancara stesen penyiaran Sky News di London pada Isnin.
Dalam pada itu, Hancock menjelaskan, masih terlalu awal untuk mengetahui penurunan kadar kematian COVID-19 berdasarkan impak program vaksinasi.
Ketika ini, program itu telah diluaskan kepada mereka yang berusia 65 tahun ke atas.
#COVID-19
#vaksin
#Matt Hancock
#kesihatan
#United Kingdom
#program vaksinasi
#London
#mengembara
#perjalanan
#Peraturan
#pensijilan