Vaksin COVID-19 tidak diedar secara adil - PAHO
Agensi
Mac 4, 2021 08:25 MYT
Mac 4, 2021 08:25 MYT
WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) memberi amaran bahawa bekalan vaksin COVID-19 yang kini terhad tidak diedarkan dengan adil.
Ketua Pengarahnya, Dr Carissa Etienne dalam taklimat mingguan menjelaskan sekiranya pandemik ini tidak ditangani dengan segara, varian baharu juga akan muncul dengan cepat.
Malah, jelasnya, vaksin yang dieadarkan di negara kaya amat berbeza berbanding pengedaran di negara miskin yang kini masih belum mendapatkan suntikan dos pertama.
"Ketika ini tiada bekalan vaksin yang mencukupi dan jumlah vaksin yang terhad ini tidak diedarkan dengan adil.
"Negara kaya sudah mula mengedarkan vaksin sementara masih banyak lagi negara yang belum mengedarkan dos pertama.
"Perbezaan ini menjejaskan matlamat solidariti tetapi lebih kepada strategi kepentingan sendiri.
"Selagi COVID-19 masih menular di seluruh dunia, tiada yang selamat.
"Dan selagi ia masih menular dengan lama, risiko varian baharu ditemui juga akan muncul dan menyukarkan usaha mengawal," jelasnya.
Dr Etienne pada masa sama menegaskan pengedaran vaksin secara tidak adil tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukanlah hak istimewa golongan tertentu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas skandal vaksin dalam golongan tertentu yang berlaku di Peru dan Argentina.
#Argentina
#COVID-19
#vaksin
#varian baharu
#Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika
#PAHO
#bakalan terhad
#Carissa Etienne