Vaksin COVID-19: Tiada data dos kedua J&J diperlukan
Astro Awani
Jun 30, 2021 06:47 MYT
Jun 30, 2021 06:47 MYT
ATLANTA: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat masih belum menerima sebarang maklumat berkenaan mereka yang menerima suntikan satu dos vaksin Johnson and Johnson perlu mendapatkan suntikan penggalak atau 'booster' vaksin.
Menurut Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr Rochelle Walensky, masih tiada data berkenaan perkara itu dalam melindungi orang awam terhadap varian Delta.
"Ia masih belum dikaji dan apa yang ingin tegaskan di sini adalah kami masih belum mempunyai data berkenaan perkara itu.
"Ketika ini tiada data untuk menunjukkan seseorang itu akan dilindungi jika menerima suntikan dos kedua serta data berkenaan kesan sampingan selepas menerima dos kedua ini," jelasnya.
Namun sebelum ini, pakar menyatakan berdasarkan kajian terhadap varian terdahulu, pemberian dos kedua ini akan berkesan dalam melindungi daripada varian Delta.
Bercakap berkenaan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan, beliau menegaskan CDC membenarkan pihak berkuasa negeri untuk membuat keputusan berkaitan perkara tesebut.
Ia memandangkan beberapa kawasan hanya merekodkan kes terpencil varian Delta.