Vaksin COVID-19: Thailand mulakan kembali program vaksin AstraZeneca
Astro Awani
Mac 15, 2021 07:34 MYT
Mac 15, 2021 07:34 MYT
BANGKOK: Thailand akan memulakan pemberian vaksin Oxford-AstraZeneca pada Selasa selepas ditangguhkan seketika berikutan kebimbangan mengenai keselamatan vaksin itu.
Antara lain, ia menyaksikan Perdana Menteri Prayuth Chan O-Cha dan anggota kabinet antara yang terawal menerima suntikan AstraZeneca.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata Prayuth akan disuntik oleh pakar virologi dari Universiti Chulalongkorn Bangkok, Prof Dr Yong Poovorawan pada 8.30 waktu tempatan.
Katanya, banyak negara memulakan semula pemberian vaksin Oxford-AstraZeneca berikutan tiada bukti menunjukkan vaksin itu menyebabkan darah beku seperti didakwa.
Jumaat lepas, Thailand mengambil lamngah yang sama seperti beberapa negara Eropah termasuk Denmark, Norway dan Iceland yang menangguhkan penggunaan AstraZeneca berikutan isu darah beku.
Thailanda menerima 200,000 dos vaksin Sinovac Biotech dari China dan 117,000 dos vaksin Oxford-AstraZeneca pada 24 Februari lalu.
Pentadbiran Thailand merancang memulakan kempen vaksinasi pada Jun dan menyasarkan untuk memberi vaksi kepada 50 peratus pendudukanya menjelang akhir tahun.
#Thailand
#Oxford-AstraZeneca
#Prayuth Chan o-cha
#Anutin Charnvirakul
#Prof Dr Yong Poovorawan
#Universiti Chulalongkorn Bangkok