Vaksin COVID-19: Sweden cadang pemberian dos keempat
Astro Awani
Februari 14, 2022 07:56 MYT
Februari 14, 2022 07:56 MYT
STOCKHOLM: Agensi Kesihatan Sweden mengesyorkan individu berusia 80 tahun dan ke atas perlu menerima suntikan vaksin dos keempat.
Ia bagi mengurangkan risiko terhadap golongan ini susulan penularan varian Omicron.
Cadangan tersebut termasuk terhadap kesemua mereka yang berada di pusat jagaan.
Dos keempat yang disifatkan sebagai dos kedua penggalak ini dicadangkan diberikan sekurang-kurangnya empat bulan selepas dos penggalak pertama.
Untuk rekod, Sweden merekodkan peningkatan drastik jangkitan COVID-19 awal bulan lalu.
Namun pihak berkuasa kesihatan kini sedang mempergiatkan pemberian dos penggalak untuk memastikan sistem kesihatan tidak berada dalam keadaan tertekan.
Ketika ini agensi tersebut memaklumkan peningkatan kes dalam kalangan berisiko adalah ketara sejak beberapa minggu lepas.
Susulan itu dos keempat ini dikatakan mampu memberi perlindungan tambahan.