Vaksin COVID-19: AS sumbang 3 juta dos kepada Afghanistan
Astro Awani
Jun 24, 2021 06:52 MYT
Jun 24, 2021 06:52 MYT
MARYLAND: Amerika Syarikat akan sumbangkan 3 juta dos vaksin Johnson and Johnson kepada Afghanistan.
Menurut White House, ia sebahagian usaha membantu negara berkenaan memerangi penularan varian Delta.
Pengumuman ini dibuat menjelang pertemuan Presiden Joe Biden dengan Presiden Afghanistan Abdullah Ghani.
3 juta dos untuk Afghanistan ini sebahagian 55 juta dos sumbangan Amerika Syarikat kepada negara-negara lain sebelum ini.
Menurut White House, vaksin berkenaan dijangka dihantar seawal hujung minggu ini.
Selain vaksin, Amerika Syarikat turut menyumbang bekalan oksigen dan keperluan lain.
#COVID-19
#vaksin
#johnson and johnson
#Amerika Syarikat
#Afghanistan
#sumbangan
#Joe Biden
#Abdullah Ghani