Vaksin COVID-19: Sinovac perluaskan penghasilkan vaksin di Chile
Astro Awani
Ogos 4, 2021 07:30 MYT
Ogos 4, 2021 07:30 MYT
SANTIAGO: Chile akan memulakan proses pembotolan dan pembungkusan vaksin keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac.
Menurut Setiausaha Kesihatan negara itu, Enrique Paris, vaksin CoronaVac itu kemudian akan diedarkan ke negara-negara kalangan Amerika Latin.
"Ini merupakan hari yang menggembirakan buat Chile, bukan sahaja buat Chile.
"Kerana apabila kilang memulakan proses penghasilan vaksin di sini, vaksin tersebut akan dieksport ke Amerika Latin terutamanya negara-negara yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan vaksin, dan pastinya kami ingin membantu mereka," katanya.
Vaksin COVID-19 | Sinovac perluaskan penghasilan vaksin di Chile
Fasiliti pengeluaran vaksin tersebut dijadual bermula operasi suku pertama tahun 2022 dengan pelaburan AS$60 juta untuk menghasilkan 50 juta dos vaksin setiap tahun.
Bagi Naib Presiden Sinovac, Meng Weining, ini merupakan perkembangan baik terutamanya dalam penghasilan dan pengedaran vaksin di Chile.
"Kita mempunyai sasaran utama buat negara ini.
"Kita ingin menghasilkan vaksin, menghasilkan CoronaVac di Chile dan membekalkan CoronaVac yang dibuat di Chile, ini adalah sasaran utama kami," katanya.
Untuk rekod, vaksin CoronaVac memerlukan dua dos suntikan dalam selang masa 28 hari dan boleh disimpan dalam suhu biasa peti sejuk.