Vaksin COVID-19: AS setuju cadangan dos penggalak kepada 12 tahun ke atas

Astro Awani
September 2, 2022 08:30 MYT
CDC dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan. - Foto fail/REUTERS
PANEL penasihat kesihatan Amerika Syarikat setuju mengesyorkan vaksin dos penggalak COVID-19 Pfizer yang menyasarkan varian Omicron kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan.
Panel juga mengundi untuk mengesyorkan versi kemas kini vaksin dos penggalak Moderna, untuk digunakan kepada orang dewasa sahaja.
Sebelum ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan penggunaan vaksin dos penggalak Moderna dan Pfizer-BioNTech yang ditambah baik.
#COVID-19 #Pfizer #Moderna #dos penggalak
;