Vaksin COVID-19: Proses kelulusan CanSino bermula Jun lalu

Astro Awani
Jun 30, 2021 07:00 MYT
Vaksin yang diedarkan melalui inisiatif COVAX perlu melalui kelulusan kecemasaan penggunaan dari WHO. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Kebenaran proses pengedaran oleh COVAX diberikan kepada pengeluar vaksin COVID-19, CanSino bermula Jun lepas.
Perkara tersebut disahkan Timbalan Pengarah Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Jarbas Barbosa.
COVAX merupakan inisiatif pengedaran vaksin yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada masa sama jelasnya, proses membenarkan penggunaan vaksin Sputnik V digantung sehingga syarikat pengeluar mengesahkan laporan masalah penghasilan vaksin yang dibangunkan.
"WHO masih belum menyatakan badan itu meluluskan atau tidak vaksin CanSino. Mereka sudah memulakan prosesnya bermula Jun.
"Ia akan meliputi pemeriksaan di kilang untuk penghasilan vaksin. Semua dokumen mesti dikaji.
"Sehingga WHO menyelesaikan analisis Sputnik dan CanSino, kami tidak dapat memperoleh vaksin ini melalui PAHO dan tidak mempunyai maklumat yang lengkap untuk bercakap mengenainya. Kita harus menunggu proses itu selesai," katanya.
Untuk rekod, vaksin yang diedarkan melalui inisiatif COVAX perlu melalui kelulusan kecemasaan penggunaan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut merangkumi proses pemeriksaan lanjut.
Antara vaksin yang turut tersenarai adalah Sinopham, Pfizer-BioNTech, AstraZeneca-SKBio, Serum Institute of India, Janssen dan Moderna.
#COVID-19 #vaksin #CanSino #COVAX #PAHO #Sputnik V #WHO
;