Vaksin COVID-19: Presiden Peru terima suntikan pertama
Astro Awani
Ogos 6, 2021 07:11 MYT
Ogos 6, 2021 07:11 MYT
PRESIDEN Peru, Pedro Castillo menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada Jumaat.
Castillo pada masa sama menggesa agar rakyat negara itu turut melakukan perkara sama.
Beliau dan isteri, Lilia Paredes menerima suntikan pertama vaksin Sinovac keluaran syarikat China, Sinopharm, di ibu negara.
Castillo berkata kerajaan memberi keutamaan kepada kempen 'Vaccinathon', iaitu kempen selama 60 jam tanpa henti yang dipergiatkan di Lima dan Callao pada hujung minggu ini.
"Ini adalah masa untuk memastikan kesihatan adalah pada tahap yang baik.
"Saya menyeru kepada semua rakyat peru untuk mengutamakan kesihatan, ini adalah langkah terbaik," katanya di Lima.
Untuk rekod, 17.06 peratus daripada 32 juta populasi Peru telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Sementara itu, lebih 2 juta kes positif direkodkan secara kumulatif di negara itu dengan 196,000 kes kematian sejak bermulanya pandemik.