Vaksin COVID-19: Pfizer BioNTech lancar ujian klinikal vaksin Omicron

Astro Awani
Januari 26, 2022 08:25 MYT
Seorang petugas kesihatan menyediakan dos vaksin Pfizer untuk diberikan di sebuah pusat pemberian di Melbourne, Australia, 22 Feb 2021. - Gambar hiasan REUTERS
SYARIKAT farmaseutikal Pfizer dan BioNTech pada Selasa memulakan ujian klinikal untuk menguji vaksin versi terbaharu keluarannya yang direka khas untuk membendung varian baharu COVID-19, Omicron.
Pfizer memaklumkan ia akan menguji tindak balas imunisasi berdasarkan vaksin berasaskan Omicron sebagai rejimen tiga suntikan terhadap individu yang tidak divaksinasi dan sebagai suntikan penggalak untuk individu yang telah menerima dua dos vaksin asal mereka.
Syarikat tersebut sedang menguji dos keempat keberkesanan vaksin asal terhadap dos keempat vaksin berasaskan Omicron terhadap individu yang menerima dos ketiga vaksin Pfizer-BioNTech pada sela masa tiga hingga enam bulan lebih awal.
Difahamkan ujian klinikal tersebut akan mengkaji keselamatan dan toleransi suntikan vaksin melibatkan 1,400 orang yang akan didaftarkan.
Ketua Penyelidikan Dan Pembangunan Vaksin Pfizer, Kathrin Jansen dalam satu kenyataan berkata, walaupun penyelidikan semasa dan data dunia sebenar menunjukkan bahawa penggalak terus menyediakan tahap perlindungan yang tinggi terhadap penyakit teruk dan kemasukan ke hospital akibat Omicron.
Pihaknya menyedari keperluan untuk bersedia sekiranya perlindungan ini berkurangan dari semasa ke semasa dan berpotensi membantu menangani Omicron dan varian baharu pada masa hadapan.
Pfizer turut memaklumkan rejimen dua dos vaksin asal mereka mungkin tidak akan mencukupi terhadap jangkitan varian Omicron dan perlindungan terhadap kemasukan ke hospital dan kematian mungkin semakin berkurangan.
Ketika ini beberapa negara sudah memulakan pemberian dos penggalak namun kajian terbaharu yang dijalankan di israel menunjukkan suntikan dos keempat vaksin mRNA antibodi namun tidak mencukupi untuk mengawal penularan varian Omicron.
#vaksin #varian omicron #Pfizer-BioNTech #tindak balas imunisasi
;