Vaksin COVID-19: Palestin mulakan program vaksinasi

Astro Awani
Mac 21, 2021 06:26 MYT
Seorang lelaki warga Palestin menerima dos suntikan vaksin Sputnik V di sebuah klinik di Gaza. -REUTERS
RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin secara rasmi memulakan program vaksinasi menerusi inisiatif COVAX kepada rakyatnya bermula Ahad.
Program imunisasi tersebut didahului dengan petugas kesihatan dan warga emas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi inisiatif COVAX menghantar lebih 61,000 vaksin kepada pihak berkuasa Palestin sejak Rabu lalu.
Kira-kira 40,000 penduduk di Tebing Barat akan menerima dos pertama, sementara 21,300 vaksin dihantar ke Gaza.
Penghantaran vaksin tersebut disalurkan ke Tebing Barat selepas pihak berkuasa Palestin bergelut untuk mendapatkan bekalan vaksin.
Sehingga kini, Tebing Barat hanya menerima 10,000 dos vaksin Sputnik V dari Rusia dan 2,000 dos dari Israel.
Namun, berbeza di Gaza yang sudah menerima 80,000 dos vaksin yang kebanyakannya diperoleh hasil rundingan Presiden Mahmoud Abbas.
#Gaza #Kementerian Kesihatan #Hamas #program vaksinasi #warga emas #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #vaksin #WHO #Palestin
;