Vaksin COVID-19: Novavax berkesan terhadap remaja

Astro Awani
Februari 11, 2022 00:56 MYT
Kajian terbaharu turut menunjukkan 88 peratus keberkesanannya terhadap 2,247 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Amerika Syarikat. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Novavax mengumumkan vaksin keluarannya adalah selamat dan berkesan terhadap remaja berusia 12 hingga 17 tahun berdasarkan hasil ujian klinikal.
Novavax yang menghasilkan vaksin berasaskan protein, berbeza berbanding kebanyakan vaksin lain diluluskan untuk penggunaan terhadap orang dewasa di Britain, Eropah dan beberapa negara lain oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ia kini sedang dikaji dengan lebih lanjut untuk kelulusan Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat.
Dengan data terbaharu itu, Novavax dijangka memohon penggunaan vaksin tersebut kepada remaja berusia 12 tahun dan akan memulakan kajian terhadap kanak-kanak pula.
Kajian terbaharu turut menunjukkan 88 peratus keberkesanannya terhadap 2,247 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Amerika Syarikat pada musim panas lalu.
Ia adalah semasa penularan varian Delta dan antara enam penerima vaksin tersebut mengalami gejala ringan seminggu selepas dos kedua berbanding 14 remaja lain.
Namun, tiada komplikasi teruk dilaporkan.
#COVID-19 #vaksin #Novavax #remaja