Vaksin COVID-19: New York tawar ganjaran tunai kepada penerima suntikan
Astro Awani
Julai 28, 2021 06:18 MYT
Julai 28, 2021 06:18 MYT
NEW YORK: Bandar New York tawarkan ganjaran tunai AS$100 kepada penduduk yang menerima suntikan vaksin pertama.
Ini sebagai galakan meningkatkan kadar vaksinasi di bandar berkenaan.
Datuk Bandar, Bill de Blasio berkata, ganjaran tunai itu sebagai ucapan terima kasih.
"Bermula Jumaat, kami akan membuka pusat vaksinasi yang dikendalikan pihak bandar New York, dan apabila anda mendapat suntikan pertama, anda akan diberi insentif AS$100.
"Ini adalah ucapan terima kasih kerana melakukan perkara yang betul dan menggalakkkan mereka," katanya.
Ganjaran tunai ini adalah tambahan kepada insentif sedia ada yang diumumkan New York.
Sebelum ini, bandar itu menawarkan tiket loteri, biasiswa, perjalanan percuma bagi tren bawah tanah, serta tiket percuma bagi acara sukan dan muzium.
Selain New York, beberapa bandar lain turut tawarkan ganjaran tunai, seperti di New Mexico dan Gadsden, Alabama.