Vaksin COVID-19: Korea Selatan mulakan pemberian dos keempat

Astro Awani
Februari 15, 2022 08:06 MYT
Penularan varian Omicron menyaksikan peningkatan kes harian secara drastik. - Foto AP
SEOUL: Korea Selatan akan memulakan pemberian vaksin dos keempat bulan ini.
Pada masa sama, pihak berkuasa kesihatan akan menyediakan tambahan jutaan bekalan ujian kit kendiri bagi mengurangkan isu kekurangan kit tersebut susulan penulan varian Omicron.
Penularan varian Omicron menyaksikan peningkatan kes harian secara drastik.
Namun dengan perkembangan vaksinasi dos penggalak yang pantas ketika ini, 57 peratus daripada 52 juta populasinya, membantu mengurangkan kadar kematian dan komplikasi teruk.
Menurut Menteri Kesihatan, Kwon Ddeok-Cheol, individu dalam kalangan berisiko yang pertama akan mendapatkan suntikan keempat.
Ia merupakan dos kedua bagi dos penggalak.
Golongan berisiko termasuk mereka yang berada di rumah jagaan dan fasiliti kesihatan dan mereka yang mempunyai imunisasi rendah.
Ia termasuk lebih 500,000 individu berusia 18 tahun ke atas yang bertugas sebagai petugas keishatan dan 1.3 juta yang mempunyai masalah kesihatan.
#COVID-19 #vaksin #Omicron #ujian kit kendiri
;